Saturday 3 May 2014

Panel solar: Juruteknik terpedaya rugi RM50,000


MELAKA 3 Mei - Seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB), kerugian kira-kira RM50,000 akibat terpedaya dengan perkhidmatan pemasangan panel solar yang ditawarkan oleh sebuah syarikat yang beralamat di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Abd Rahman Md. Siah, 47, berkata, ketika dia mengunjungi sebuah pasaraya di bandar Melaka pada pertengahan Disember tahun lalu, dia didatangi seorang jurujual yang mempromosi perkhidmatan berkenaan dengan harga RM60,000.
Menurutnya, dia sememangnya berminat untuk memasang panel solar di bumbung rumahnya kerana mengetahui pemasangan tersebut mampu memberi pulangan antara RM900 hingga RM1,200 sebulan selama 21 tahun oleh TNB bagi penjualan tenaga diperbaharui.
Katanya, dia turut berasa kesal kerana penipuan itu telah menyebabkan wang simpanan terkumpulnya sebanyak RM15,000 yang dilaburkan semata-mata untuk memasang panel solar itu lebur.
"Penerangan oleh lelaki berkenaan dengan menunjukkan katalog perkhidmatan ditawarkan itu membuatkan saya lebih tertarik dan yakin selain bersetuju membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,000.
"Untuk membiayai kos pemasangan panel solar tersebut juga saya sanggup membuat pinjaman peribadi sebanyak RM40,000 dengan sebuah bank," katanya ketika ditemui di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) di Ayer Keroh, di sini semalam.
Abd Rahman berkata, empat hari kemudian, lelaki berkenaan memintanya menjelaskan 10 peratus bagi bayaran yuran proses pemasangan iaitu sebanyak RM4,068 .
Katanya, pada pertemuan itu juga jurujual tersebut turut menjanjikan tawaran pengurangan harga panel solar kepada RM50,000 dan penapis air paip secara percuma.
"Dia meminta saya menjelaskan bayaran penuh untuk pemasangan panel solar itu sebanyak RM44,000 iaitu RM10,000 secara tunai dan selebihnya melalui cek.
"Pada masa yang sama lelaki itu turut berjanji akan menghantar kontraktor bermula 26 hingga 28 Februari untuk melakukan pemasangan berkenaan namun tidak juga muncul sehingga kini," katanya.
Abd Rahman, berkata dia berharap individu tersebut dapat dikenakan tindakan segera supaya tiada lagi orang ramai yang menjadi mangsa penipuan syarikat itu.
"Saya juga berharap duit tersebut dapat dikembalikan untuk membolehkan saya meneruskan hasrat memasang panel solar di bumbung rumah," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Ab Aziz berkata, pihaknya akan mengambil tindakan perundangan terhadap individu dan syarikat tersebut secepat mungkin.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140504/je_08/Panel-solar-Juruteknik-terpedaya-rugi-RM50000#ixzz30ipBBTKw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Daripada penipuan tersebut orang ramai dinasihatkan mengikuti tips tersebut bagi mengelakkan ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab:

1) Jangan mudah percaya kepada pakej pemasangan solar yang memberi harga yang rendah daripada harga pasaran.
*Perlu diingat jika pihak penyediaan perkhidmatan solar memberikan pakej termurah, berkemungkinan ia adalah satu penipuan ataupun anda akan dikenakan charge terselindung didalam pakej tersebut*

1) Jangan memberikan sebarang deposit kepada syarikat penyediaan perkhidmatan solar selagi anda tidak Berjaya mendapat sebarang kuota daripada pihak SEDA.Pihak penyedia perkhidmatan solar sepatutnya menguruskan permohonan kuota tanpa apa-apa pembayaran.Anda hanya perlu menyediakan dokumen seperti salinan I/C, salinan perjanjian pembelian rumah, salinan cukai Tanah/geran, salainan bil elektrik dan penyata kewangan sahaja.
*Jangan membuat sebarang pembayaran untuk proses ini*

2) Setelah kuota diperolehi pihak peyedia perkhidmatan solar akan menyediakan dokumen perjanjian REPPA agreement yang pihak anda perlu tandatangan bersama pihak TNB.Setelah itu stamping perlu dibuat.Pada masa ini kerja-kerja pemasangan dan pembelian barang akan dibuat oleh pihak penyedia pemasangan solar.Anda dikhendaki membayar 30% deposit daripada kos keseluruhan projek.

3)Setelah kerja-kerja pemasangan selesai barulah proses pembayaran seterusnya 50% perlu dibuat.

4)Baki pembayaran 20% akan dibuat setelah pihak TNB mengadakan proses Testing and Commissioning iaitu meter PV dipasang oleh pihak TNB dan system penjualan tenaga bermula.


Diharap tips tersebut dapat membantu anda bagi mengelakkan ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

No comments:

Post a Comment