Sistem Solar Boleh Menjana Pendapatan Melalui Penjualan Tenaga
Thursday, 25 June 2020
Wednesday, 24 June 2020
Tuesday, 30 October 2018
Tenaga Solar Dapat Mengurangkan Bill Tenaga Elektrik
Effective from 1 September 2018, Service Tax (6%) in electricity bills is applicable for Residential Customer with monthly consumption more than 600kWh (more than RM231.80) where the billing period is 28 days and above.
Bagi mengurangkan penggunaan elektrik terutama di rumah pelbagai perkara perlu diteliti.Antaranya adalah seperti berikut:
1)Penggunaan load/peralatan rumah yang tidak efficient yang menyebabkan loses terhadap penggunaan tenaga.Sebagai contoh: water heater,rice cooker,penghawa dingin,lampu filamen dan sebagainya
2)Penggunaan penghawa dingin tanpa menetapkan suhu yang sesuai dengan suhu bilik.kebiasannya suhu bilik diantara 21 sehingga 25 darjah Celsius.Penetapan suhu yang rendah menyebabkan kompressor terpaksa berkerja lebih bagi mencapat suhu yang dikhendaki.
3)Penggunaan motopump,vaccum,yang menyumbang kepada penggunaan tenaga yang tinggi
4)Penetapan save mode juga boleh menyumbang kepada penggunaan tenaga walaupun dalam kuantiti kecil.
Untuk mengurangkan penggunaan elektrik ini beberapa langkah perlu di ambil.Antaranya adalah seperti berikut:
1)Menggunakan peralatan elektrik yang mempunyai simbol rating 5 star
2)Penggunaan LED untuk sistem pencahayaan juga dapat mengurangkan penggunaan elektrik
3)Penetapan suhu bilik dalam lingkungan 25 darjah Celsius bagi kengunaan penghawa dingin
4)Penggunaan sistem penghawa dingin jenis Inverter.Penggunaan sistem penghawa dingin jenis inverter ini memerlukan masa melebihi 6 jam beroperasi untuk mendapat kesan daripada segi penjimatan penggunaan tenaga.
5)Meletakkan sistem outdoor penghawa dingin dikawasan bukan terdedah kepada cahaya matahari tetapi mempunyai sistem pengudaraan yang baik
6)Penggunaan sistem solar (Green Energy)
Untuk penggunaan sistem solar ini, disebabkan harga yang kompetitif, pemasangan ini sangat membantu daripada segi penurunan bill elektrik.Ini disebabkan sistem solar ini akan menjana tenaga seterusnya mengalirkan kebahagian keseluruhan peralatan yang menggunakan tenaga pada waktu siang.
Bagi sistem solar ini perkara yang paling penting dalam menyediakan sistem ini adalah penggunaan produk yang ingin dibeli.Pastikan menggunakan produk dibuat dari Jerman kerana dibuktikan ketahanan produk dari Jerman lebih baik daripada negara seperti China.Namun begitu ada juga produk dari China yang berkualiti.Cuma pemilihan mesti tepat bagi mengelakkan keboleharapan sistem solar tersebut lebi baik.
Contoh produk daripada Jerman
Kesimpulan yang ingin dibuat adalah,penggunaan tenaga secara cekap amat digalakkan memandangkan dari segi wang ringgint ia dapat dijimatkan selain itu ia boleh memelihara alam sekitar.
Sekian
SE SOLAR POWER TRADING
Saiful Nizam Bin Paiman
Register Electrical Energy Manager (Suruhanjaya Tenaga)
CEM,REEM,PTE 0134-2015,CPMV
ipultnb@gmail.com

Friday, 4 March 2016
SEDA lulus 7,245 permohonan pembangunan projek tenaga boleh baharu
SEDA lulus 7,245 permohonan pembangunan projek tenaga boleh baharu
Solar merupakan antara sumber tenaga alternatif dan diperbaharui yang semakin giat dibangunkan di banyak negara. Gambar Hiasan
PUTRAJAYA 3 Mac – Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) meluluskan 7,245 permohonan pembangunan projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak 1,028.18 MW, sejak 2011 hingga 16 Januari lepas.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. James Dawos Mamit berkata, melalui jumlah projek Tarif Galakan yang diluluskan itu, Malaysia dapat mengelak pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 3.501 tan sehingga tahun 2018.
Katanya, jumlah tersebut terdiri daripada biogas sebanyak 76 permohonan, biojisim (27), hidro kecil (35), solar fotovolta (PV) individu (6,426), solar PV komuniti (275), solar PV bukan individu (405) dan geoterma (satu).
“Daripada jumlah yang diluluskan ini, sebanyak 5,500 permohonan dengan kapasiti terpasang sebanyak 338.17 MW telah mencapai tarikh operasi komersial,” katanya semasa berucap sempena acara balloting bagi kategori solar PV bukan individu dengan kapasiti 425 kW ke bawah di sini, kelmarin.
Secara keseluruhannya, sebanyak 582 permohonan layak untuk proses balloting tersebut yang terdiri daripada tiga kategori iaitu sehingga 72 kW, 72 kW hingga 180 kW dan 180 kW hingga 425 kW.
Proses balloting tersebut dilakukan oleh Dawos untuk kuota pada 2016 dan Pengerusi SEDA, Datuk Dr. Yee Moh Chai untuk tahun 2017.
Dawos berkata, pembahagian kuota bagi kategori itu mendapat perhatian dalam kalangan pemain industri tenaga lestari di negara ini dan permohonan untuk kategori tersebut kekal memberangsangkan sejak dipraktiskan pada 2014.
“Tenaga boleh baharu merupakan antara cabang teknologi hijau dan ia memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran kerajaan untuk mengurangkan intensiti gas rumah hijau kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 40 peratus menjelang 2020,” katanya.
Beliau berkata, antara aktiviti yang telah dikenal pasti untuk mencapai sasaran itu ialah melaksanakan Skim Pemeteran Tenaga Bersih oleh SEDA dengan kuota 100 MW setahun yang bermula pada tahun ini akan diperuntukkan untuk menggalakkan penjanaan tenaga bersih menggunakan solar PV. – BERNAMA

“Melalui pengumuman ini, SEDA secara rasmi telah dilantik menjadi agensi pelaksana bagi membangunkan mekanisma skim Pemeteran Tenaga yang dijangka akan diumumkan pada tahun ini,” katanya. – BERNAMA
Saturday, 3 May 2014
Panel solar: Juruteknik terpedaya rugi RM50,000
MELAKA 3 Mei - Seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB), kerugian kira-kira RM50,000 akibat terpedaya dengan perkhidmatan pemasangan panel solar yang ditawarkan oleh sebuah syarikat yang beralamat di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Abd Rahman Md. Siah, 47, berkata, ketika dia mengunjungi sebuah pasaraya di bandar Melaka pada pertengahan Disember tahun lalu, dia didatangi seorang jurujual yang mempromosi perkhidmatan berkenaan dengan harga RM60,000.
Menurutnya, dia sememangnya berminat untuk memasang panel solar di bumbung rumahnya kerana mengetahui pemasangan tersebut mampu memberi pulangan antara RM900 hingga RM1,200 sebulan selama 21 tahun oleh TNB bagi penjualan tenaga diperbaharui.
Katanya, dia turut berasa kesal kerana penipuan itu telah menyebabkan wang simpanan terkumpulnya sebanyak RM15,000 yang dilaburkan semata-mata untuk memasang panel solar itu lebur.
"Penerangan oleh lelaki berkenaan dengan menunjukkan katalog perkhidmatan ditawarkan itu membuatkan saya lebih tertarik dan yakin selain bersetuju membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,000.
"Untuk membiayai kos pemasangan panel solar tersebut juga saya sanggup membuat pinjaman peribadi sebanyak RM40,000 dengan sebuah bank," katanya ketika ditemui di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) di Ayer Keroh, di sini semalam.
Abd Rahman berkata, empat hari kemudian, lelaki berkenaan memintanya menjelaskan 10 peratus bagi bayaran yuran proses pemasangan iaitu sebanyak RM4,068 .
Katanya, pada pertemuan itu juga jurujual tersebut turut menjanjikan tawaran pengurangan harga panel solar kepada RM50,000 dan penapis air paip secara percuma.
"Dia meminta saya menjelaskan bayaran penuh untuk pemasangan panel solar itu sebanyak RM44,000 iaitu RM10,000 secara tunai dan selebihnya melalui cek.
"Pada masa yang sama lelaki itu turut berjanji akan menghantar kontraktor bermula 26 hingga 28 Februari untuk melakukan pemasangan berkenaan namun tidak juga muncul sehingga kini," katanya.
Abd Rahman, berkata dia berharap individu tersebut dapat dikenakan tindakan segera supaya tiada lagi orang ramai yang menjadi mangsa penipuan syarikat itu.
"Saya juga berharap duit tersebut dapat dikembalikan untuk membolehkan saya meneruskan hasrat memasang panel solar di bumbung rumah," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Ab Aziz berkata, pihaknya akan mengambil tindakan perundangan terhadap individu dan syarikat tersebut secepat mungkin.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140504/je_08/Panel-solar-Juruteknik-terpedaya-rugi-RM50000#ixzz30ipBBTKw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Daripada penipuan tersebut orang ramai dinasihatkan mengikuti tips tersebut bagi mengelakkan ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab:
1) Jangan mudah percaya kepada pakej pemasangan solar yang memberi harga yang rendah daripada harga pasaran.
*Perlu diingat jika pihak penyediaan perkhidmatan solar memberikan pakej termurah, berkemungkinan ia adalah satu penipuan ataupun anda akan dikenakan charge terselindung didalam pakej tersebut*
1) Jangan memberikan sebarang deposit kepada syarikat penyediaan perkhidmatan solar selagi anda tidak Berjaya mendapat sebarang kuota daripada pihak SEDA.Pihak penyedia perkhidmatan solar sepatutnya menguruskan permohonan kuota tanpa apa-apa pembayaran.Anda hanya perlu menyediakan dokumen seperti salinan I/C, salinan perjanjian pembelian rumah, salinan cukai Tanah/geran, salainan bil elektrik dan penyata kewangan sahaja.
*Jangan membuat sebarang pembayaran untuk proses ini*
2) Setelah kuota diperolehi pihak peyedia perkhidmatan solar akan menyediakan dokumen perjanjian REPPA agreement yang pihak anda perlu tandatangan bersama pihak TNB.Setelah itu stamping perlu dibuat.Pada masa ini kerja-kerja pemasangan dan pembelian barang akan dibuat oleh pihak penyedia pemasangan solar.Anda dikhendaki membayar 30% deposit daripada kos keseluruhan projek.
3)Setelah kerja-kerja pemasangan selesai barulah proses pembayaran seterusnya 50% perlu dibuat.
4)Baki pembayaran 20% akan dibuat setelah pihak TNB mengadakan proses Testing and Commissioning iaitu meter PV dipasang oleh pihak TNB dan system penjualan tenaga bermula.
Diharap tips tersebut dapat membantu anda bagi mengelakkan ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Tuesday, 18 February 2014
Kumpulan Melaka akan bina Ladang Solar kedua tahun ini |
MELAKA,(Bernama) -- Selepas membuka ladang solar pertamanya di
negeri ini, Kumpulan Melaka Bhd merancang melabur kira-kira RM20 juta untuk
membina dan mengendali ladang solar keduanya di Melaka tahun ini.
Langkah itu selaras dengan misi kumpulan itu untuk merubah Melaka Bandaraya
Bersejarah kepada bandar raya teknologi hijau menjelang 2020.
Pengurus Teknikalnya, KhairulEzuan Harun berkata, ladang solar baharu itu
dijangka mempunyai dua megawatt (MWp) solar fotovoltan (PV) meliputi 2.8
hektar.
Lembah solar itu akan menggunakan tenaga solar sebagai aktiviti alternatif
utama untuk semua sektor, merangkumi pembangunan tanah, penyelidikan, inovasi
dan pengkomersilan, katanya.
"Bagaimanapun, projek ladang solar itu juga tertakluk kepada kuota Pihak
Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) kerana ia memerlukan lebih banyak
dana," katanya kepada Bernama semasa lawatan ke Lembah Solar Dunia di Rembia, di
sini.
SEDA akan menetapkan kuota jumlah sistem tenaga solar yang boleh dipasang
setiap enam bulan.
KhairulEzuan berkata, SEDA belum lagi menyatakan bila kuota akan diumumkan,
tetapi sebaik sahaja diperoleh, kumpulan itu akan meneruskan projek berkenaan.
Aplikasi untuk solar PV diluluskan oleh SEDA yang mengawal selia semua
kemudahan tenaga boleh baharu, katanya.
Semua tenaga dihasilkan di ladang solar itu akan dijual kepada Tenaga
Nasional Bhd dan elektrik akan disalurkan terus ke grid tenaga negara.
Akhir tahun lalu, kerajaan negeri Melaka melancarkan ladang solar pertama
miliknya 5MWp PV bernilai RM46 juta.
Ladang solar yang dibina di atas tapak seluas 7.2 hektar di Taman Industri
Rembia itu adalah satu daripada lima projek utama bagi merealisasi hasrat Melaka
untuk muncul sebagai negeri dan bandar raya teknologi hijau menjelang 2020.
Taman itu dibangunkan dalam tiga fasa. Fasa pertama bagi menghasilkan 1.3MW
elektrik telah siap pada April tahun lalu, diikuti 1.22MW elektrik dalam fasa
kedua pada Mei tahun lalu dan fasa terakhir 2.48MW pada Ogos lalu.
Tenaga solar dan sumber tenaga boleh baharu menjadi agenda penting Program
Transformasi Ekonomi kerajaan untuk meningkatkan kapasiti tenaga solar negara
sehingga 1.25 gigawatt dan menjadikan negara ini hab pengeluar tenaga
solar kedua terbesar dunia menjelang 2020.
Ladang solar pertama di Melaka yang dijangka mewujudkan 45,000 pekerjaan
akan menyumbang RM118 juta kepada pendapatan negara kasar selama 21 tahun,
katanya
|
Jana Pendapatan Melalui Sistem Solar
Angkasa: Jana pendapatan melalui sistem solar |
ABDUL Fattah Abdullah (kanan) dan Aw Kim Fatt (dua, kiri) menunjukkan solar yang digunakan oleh pejabat Koperasi Buddhisme Malaysia Berhad di Petaling Jaya, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR 12 Feb. - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memperkenalkan inisiatif terbaharu yang memberi peluang kepada ahli koperasi menjana pendapatan sampingan menerusi projek tenaga solar.
Menurut Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah, projek tenaga solar melalui sistem fotovoltik itu dapat menjana tenaga elektrik dan memberi pulangan lumayan untuk jangka panjang. "Sejurus mendapat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia), tenaga elektrik yang dijana melalui alat yang dipasang di premis ahli itu akan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pemegang lesen pengagihan. "Setiap kilowatt tenaga dapat dijual pada harga RM 1.20 dan ahli boleh mendapat keuntungan sehingga RM600 sebulan menerusi kontrak penjualan selama 21 tahun,"katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Koperasi Buddhisme Malaysia Berhad (Kobud) di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (Kopsya), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum; Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa dan Pengerusi Kobud, Aw Kim Fatt. Dalam pada itu, Abdul Fattah berkata, tahun ini Kopsya telah memperuntukkan dana sebanyak RM70 juta untuk membiayai pelbagai usaha termasuklah ahli koperasi yang berminat melaksanakan projek tenaga solar tersebut. "Projek pilot tenaga solar yang kita jalankan di Kobud menerusi dana RM150,000 daripada Kopsya ini telah menampakkan hasil yang begitu memberangsangkan dan setakat ini sahaja sudah ada 30 buah rumah ahli yang menunggu untuk mendapatkan kelulusan, justeru saya amat berharap lebih ramai lagi yang akan menyertai projek ini. "Kami juga sedang dalam rangka mewujudkan perkongsian pintar bersama pembekal bagi mendapatkan alatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan dan akan berunding dengan SEDA Malaysia supaya memberikan kuota yang lebih besar kepada koperasi untuk menyertai projek yang turut dapat melindungi alam sekitar ini," ujarnya |
Subscribe to:
Posts (Atom)