Effective from 1 September 2018, Service Tax (6%) in electricity bills is applicable for Residential Customer with monthly consumption more than 600kWh (more than RM231.80) where the billing period is 28 days and above.
Bagi mengurangkan penggunaan elektrik terutama di rumah pelbagai perkara perlu diteliti.Antaranya adalah seperti berikut:
1)Penggunaan load/peralatan rumah yang tidak efficient yang menyebabkan loses terhadap penggunaan tenaga.Sebagai contoh: water heater,rice cooker,penghawa dingin,lampu filamen dan sebagainya
2)Penggunaan penghawa dingin tanpa menetapkan suhu yang sesuai dengan suhu bilik.kebiasannya suhu bilik diantara 21 sehingga 25 darjah Celsius.Penetapan suhu yang rendah menyebabkan kompressor terpaksa berkerja lebih bagi mencapat suhu yang dikhendaki.
3)Penggunaan motopump,vaccum,yang menyumbang kepada penggunaan tenaga yang tinggi
4)Penetapan save mode juga boleh menyumbang kepada penggunaan tenaga walaupun dalam kuantiti kecil.
Untuk mengurangkan penggunaan elektrik ini beberapa langkah perlu di ambil.Antaranya adalah seperti berikut:
1)Menggunakan peralatan elektrik yang mempunyai simbol rating 5 star
2)Penggunaan LED untuk sistem pencahayaan juga dapat mengurangkan penggunaan elektrik
3)Penetapan suhu bilik dalam lingkungan 25 darjah Celsius bagi kengunaan penghawa dingin
4)Penggunaan sistem penghawa dingin jenis Inverter.Penggunaan sistem penghawa dingin jenis inverter ini memerlukan masa melebihi 6 jam beroperasi untuk mendapat kesan daripada segi penjimatan penggunaan tenaga.
5)Meletakkan sistem outdoor penghawa dingin dikawasan bukan terdedah kepada cahaya matahari tetapi mempunyai sistem pengudaraan yang baik
6)Penggunaan sistem solar (Green Energy)
Untuk penggunaan sistem solar ini, disebabkan harga yang kompetitif, pemasangan ini sangat membantu daripada segi penurunan bill elektrik.Ini disebabkan sistem solar ini akan menjana tenaga seterusnya mengalirkan kebahagian keseluruhan peralatan yang menggunakan tenaga pada waktu siang.
Bagi sistem solar ini perkara yang paling penting dalam menyediakan sistem ini adalah penggunaan produk yang ingin dibeli.Pastikan menggunakan produk dibuat dari Jerman kerana dibuktikan ketahanan produk dari Jerman lebih baik daripada negara seperti China.Namun begitu ada juga produk dari China yang berkualiti.Cuma pemilihan mesti tepat bagi mengelakkan keboleharapan sistem solar tersebut lebi baik.
Contoh produk daripada Jerman
Kesimpulan yang ingin dibuat adalah,penggunaan tenaga secara cekap amat digalakkan memandangkan dari segi wang ringgint ia dapat dijimatkan selain itu ia boleh memelihara alam sekitar.
Sekian
SE SOLAR POWER TRADING
Saiful Nizam Bin Paiman
Register Electrical Energy Manager (Suruhanjaya Tenaga)
CEM,REEM,PTE 0134-2015,CPMV
ipultnb@gmail.com