Tuesday 25 June 2013

Baki Kuota PV digunakan sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan : Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETHHA)
 
PUTRAJAYA, 10 Jun (Bernama) – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETHHA) yakin baki 6.5 megawatt (MW) kuota photovolta (PV) suria dalam kategori individu akan digunakan sepenuhnya dalam enam bulan akan datang dengan pelancaran Panel Solar Plus Lengkap Untuk Rumah.
Skim itu, yang dimajukan bersama oleh Alliance Bank dan Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), ialah pakej pembiayaan pertama seumpamanya yang disediakan oleh sebuah bank tempatan bagi individu untuk memasang system PV solar di rumah mereka.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, berkata skim itu merupakan perkembangan penting bagi SEDA dan institusi kewangan yang ditujukan kepada pemilik rumah dalam sektor tenaga boleh baharu (RE), khususnya bagi PV Solar.
“Kementerian ini amat menyedari bahawa pembiayaan merupakan halangan terbesar, terutama bagi individu yang ingin memasang system PV di bumbung rumah mereka.
“ Saya dimaklumkan oleh SEDA Malaysia bahawa buat masa ini, kebanyakkan system PV solar yang dipasang di rumah-rumah, dan boleh mendapat manfaat daripada skim Tarif Galakn (FiT) adalah yang pembiayaannya ditanggung oleh pemilik rumah sendiri, “ katanya kepada pemberita selepas pelancaran skim itu di sini Isnin.
Sambutan bagi sektor PV solar amat menggalakkan sejak mekanisma FiT dilaksanakan pada 1 Dis, 2011.
Setakat April 2013, SEDA Malaysia telah meluluskan 1,297 permohonan dengan keseluruhan kapasiti berjumlah 448MW, dan daripada jumlah ini, 171MW adalah dari PV solar. Keseluruhan kapasiti bagi pemasangan dalam kategori individu adalah kira-kira 14 MW atau , 1,079 bumbung.
Sementara itu, SEDA berkata ia sedang berunding dengan Bank Negara untuk meminta tiga lagi bank, kebanyakannya tempatan, mengambil bahagian dalam skim ini.
 
 


Tenaga solar mampu jana pendapatan Negara
 
KUALA LUMPUR,6 DISEMBER (Utusan Malaysia) -- Kerajaan mensasarkan sambungan grid solar yang menyalurkan tenaga boleh diperbaharui (PE) sehingga 3,000 megawatt (mW) manakala panel fotovoltik (PV) sebanyak 1.25 gigawatt (gW) menjelang 2020.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, sasaran tersebut merujuk pada potensi pertumbuhan dan faedah kepada ekonomi negara yang masing-masing direncanakan di bawah pelan tindakan dan polisi PE serta Program Transformasi Ekonomi Negara.

"Lokasi unik dan strategik memberi kelebihan kepada Malaysia berbanding negara lain. Penggunaan tenaga solar selain boleh mengurangkan bahan api fosil yang diguna pakai sebelum ini, mampu menjana pendapatan negara sehingga RM1.5 bilion pada 2020.

"Kerjasama daripada pelbagai agensi adalah penting dalam memastikan pengukuhan industri ini, malah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berperanan menarik minat syarikat solar antarabangsa serta membawa pelabur luar ke negara ini," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Loo Took Gee ketika hadir merasmikan Simposium Solar Jerman 2011 yang turut dihadiri Pengurus Besar Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC), Thomas Brandt di Hotel Renaissance di sini hari ini.

Menurut Fah Kui, Malaysia merupakan negara pengeluar PV ketiga terbanyak menerusi modul dan sel solar selepas Jerman dan China.

Oleh yang demikian, katanya, negara mempunyai peluang dalam menempatkan diri sebagai pengeluar PV solar utama global pada masa akan datang.

"Dengan memperkukuhkan industri solar PV sebagai sumber pertumbuhan, Malaysia boleh membawa kekuatan dan peluang yang ada kini menjadi hab serantau dan mencipta perkongsian dalam pengeluaran PV di peringkat global," katanya
 

Monday 24 June 2013

Tenaga hijau memberi kebaikkan kepada seluruh manusia

Tahukah anda di Malaysia penjanaan tenaga menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui sedang giat dilaksanakan?

Untuk makluman anda terdapat beberapa buah penjana tenaga hijau yang berkapasati besar telah dibangunkan oleh syarikat-syarikat swasta.Antara lokasi-lokasi penjana solar berkapasiti besar terletak di Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Terengganu.

Tahukan anda untuk penjana solar berkapasiti 8 MWp yang dibina dinegara ini jumlah pendapatan yang diperoleh adalah sebanyak RM 1.3 juta sebulan.



Gambar menunjukkan penjana solar berkapasiti besar telah siap dibina di Malaysia dan telah beroperasi sepenuhnya.

Selepas ini KLIA adalah destinasi pembinaan solar diatas bumbung terbesar didunia.Projek ini dijangka siap pada bulan September.

Tuesday 16 April 2013

Bagaimana Sistem Solar Boleh Menjana Pendapatan Melalui Penjualan Tenaga?

Seperti kita sedia maklum, kita patut bersyukur kerana negara kita di kurniakan dengan cahaya matahari yang cukup untuk memberikan kesuburan tumbuhan.Tetapi adakah anda tahu bahawa tenaga matahari yang sedia ada yang kita nikmati sekarang boleh dijadikan sumber pendapatan baru dan dalam masa yang sama kita diantara manusia yang dapat menyelamatkan dunia ini daripada kesan rumah hijau?

Di Malaysia secara umumnya kerajaan telah menubuhkan sebuah badan khas didalam kerajaan untuk mewujudkan penggunaan tenaga hijau dikalangan rakyat Malaysia.Badan khas tersebut dikenali sebagai SEDA (Sustainable Energy Development Authority Malaysia) http://seda.gov.my/. Badan ini akan memantau secara keseluruhannya penggunaan tenaga hijau di Malaysia. Badan ini juga akan mengeluarkan kuota FiT kepada rakyat Malaysia. Ini bermakna anda sebagai rakyat Malaysia berpeluang untuk mendapatkan kuota FiT dan dalam masa yang sama anda juga berpeluang menjadi penjana tenaga hijau dan seterusnya anda boleh berpeluang mendapat pendapatan sebagai penjual tenaga selama 21 tahun dengan harga yang tinggi.

Gambar menunjukkan penguna domestic (individu) memasang system solar ON GRID yang boleh menjana pendapatan melalui penjualan tenaga elektrik kepada pihak TNB


Secara keseluruhannya jika seseorang individu ingin menjadi diantara pemegang kuota FiT dan ingin menjadi penjana tenaga hijau, mereka perlu melakukan beberapa perkara:


Pertama
Seseorang individu perlulah terlebih dahulu memohon kuota FiT daripada pihak SEDA. Permohonan hanya boleh dibuat melalui internet.Kebiasaannya pihak perunding atau kontraktor Solar akan membuat permohonan tersebut. Pemohon akan diberi sijil FiT jika permohonan mereka berjaya. Jangka masa permohonan selama 2 minggu.

Sijil FiT yang dikeluarkan oleh SEDA
 
Kedua
Setelah anda berjaya mendapat sijil FiT, anda perlulah membuat 1 perjanjian penjualan tenaga diantara TNB dan individu tersebut (REPPA).Ini bermakna anda akan menjual tenaga kepada pihak TNB dengan harga yang tinggi iaitu 1kwj RM1.37.Untuk makluman anda pihak TNB hanya menjual tenaga kepada pengguna domestic dengan harga diantara RM0.18 hingga RM 0.35 untuk setiap 1kwj.Ini bermakna jika anda memasang system solar di rumah anda dengan kapasiti 10kwj anda akan berpeluang menjana pendapatan sebanyak RM164.40 untuk 1 hari. Untuk tiap-tiap bulan anda akan memperolehi RM4932.Itulah anggaran pendapatan anda jika anda menjadi penjana tenaga hijau.
 
Ketiga
Selepas FiT dan REPPA telah ditandatangan pihak kontraktor akan menjalankan kerja-kerja pemasangan solar dirumah anda.Untuk makluman kebiasaannya pihak kontraktor mengambil masa selama 4 hari untuk menyiapkan pemasangan system solar tersebut.
 






Keempat
Setelah semua proses tersebut siap, pihak SEDA akan menjalankan pemeriksaan di premis kediaman anda untuk memastikan semua pepasangan didalam keadaan selamat. Setelah itu anda akan menikmati pendapatan setiap bulan selama 21 tahun.Pendapatan anda ini tidak akan putus selagi wujudnya cahaya matahari didunia ini.Inilah kelebihan Malaysia yang penuh dengan cahaya matahari dalam masa yang sama akan memberikan kita pendapatan jika kita pandai mengambil peluang yang diberikan.

Untuk makluman di Malaysia terdapat beberapa Solar Farm yang berkapasati besar yang telah diusahakan oleh syarikat-syarikat berhad.Keuntungan daripada penjualan tenaga ini boleh mencecah jutaan ringgit bergantung kepada kapasati penjana yang dibangunkan.

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan kami:

Saiful Nizam
H/P: 0197749684
Email:ipultnb@gmail.com
SE Solar Power Trading