Tuesday 25 June 2013

Baki Kuota PV digunakan sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan : Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETHHA)
 
PUTRAJAYA, 10 Jun (Bernama) – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETHHA) yakin baki 6.5 megawatt (MW) kuota photovolta (PV) suria dalam kategori individu akan digunakan sepenuhnya dalam enam bulan akan datang dengan pelancaran Panel Solar Plus Lengkap Untuk Rumah.
Skim itu, yang dimajukan bersama oleh Alliance Bank dan Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), ialah pakej pembiayaan pertama seumpamanya yang disediakan oleh sebuah bank tempatan bagi individu untuk memasang system PV solar di rumah mereka.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, berkata skim itu merupakan perkembangan penting bagi SEDA dan institusi kewangan yang ditujukan kepada pemilik rumah dalam sektor tenaga boleh baharu (RE), khususnya bagi PV Solar.
“Kementerian ini amat menyedari bahawa pembiayaan merupakan halangan terbesar, terutama bagi individu yang ingin memasang system PV di bumbung rumah mereka.
“ Saya dimaklumkan oleh SEDA Malaysia bahawa buat masa ini, kebanyakkan system PV solar yang dipasang di rumah-rumah, dan boleh mendapat manfaat daripada skim Tarif Galakn (FiT) adalah yang pembiayaannya ditanggung oleh pemilik rumah sendiri, “ katanya kepada pemberita selepas pelancaran skim itu di sini Isnin.
Sambutan bagi sektor PV solar amat menggalakkan sejak mekanisma FiT dilaksanakan pada 1 Dis, 2011.
Setakat April 2013, SEDA Malaysia telah meluluskan 1,297 permohonan dengan keseluruhan kapasiti berjumlah 448MW, dan daripada jumlah ini, 171MW adalah dari PV solar. Keseluruhan kapasiti bagi pemasangan dalam kategori individu adalah kira-kira 14 MW atau , 1,079 bumbung.
Sementara itu, SEDA berkata ia sedang berunding dengan Bank Negara untuk meminta tiga lagi bank, kebanyakannya tempatan, mengambil bahagian dalam skim ini.
 
 

No comments:

Post a Comment